Teringin nak belajar jahit , ada ke belajar jahit free?

=.="... Hurm boleh ke belajar jahit free?


Jawapannya : Boleh!

.

.

.

Tapi... ada tapi dia😅...

Sedar atau tidak, ilmu yang kita dapat dari tidak berguru tu pun asalnya dari seorang yang berkongsi ilmu, orang tu la guru kita, tidak kira buku, mak, nenek, makcik ataupun internet.

Dan tapi, tidak berguru F2F dan F2F juga ada beza, kita sebenarnya lebih membuang waktu untuk memahami sedangkan F2F lebih senang direct dari cikgu itu sendiri.
Kepada pemula, lebih baik berguru, dan yang terbaik bersemuka dengan guru, sebab tiada guru wakaf 100% ilmunya pada awam.

KENAPA? 

Sebab guru itu juga berusaha BERGURU pula pada MAHAGURU😂.. 

Guru juga guna modal untuk teruskan belajar ilmu, jadi semua ilmu ada harganya. Dari guru jahit sampailah keusahawanan.

Ada orang kata menjahit ni senang je, upah mahal pula tu, sedangkan bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, ada tukang jahit individu perlu bersengkang merempit sampai dini hari, tak dapat menguruskan waktu dengan baik, demi menjaga pelanggan, kain banyak lagi nak disiapkan.

Ada yang bangun pagi2 buta jam 3 4 pagi semata² nak merempit, ada yang terlupa makan. Ada yang tak boleh lelap kerana queue kain banyak bona.

Siapa kata senang jadi tukang jahit? Ada orang kita belajar jahit sampai dapat mesin jahit free, tapi tak sampai sebulan dah dijual balik. Jadi jangan tanya mengapa upah jahit mahal.

Modal untuk jahit memanglah nampak murah, tapi lihat baik² , kos barang untuk jahit kurung moden adalah butang, cangkuk kain, benang, zip kain, zip sorok , kertas gam dan valkrum.

Harga lebih kurang 6 ringgit, tapi anda silap. Anda lupa yang tukang jahit perlu mesin jahit, mesin jahit tepi, mesin sulam jika perlu. Dan letrik yang digunakan, apatah lagi yang ada sewa kedai, dan skill dia adalah yang paling mahal sekali.

Baik, puas dah mengomel, jadi marilah kita pulang ke pangkal...  topik😅.

Untuk belajar sendiri secara percuma adalah wujud, tapi untuk yang ada asas, zero memang susah faham. Kalau faham anda memang hebat💪.

Yang ada asas dah lalui perkara tersebut dan lebih memahami itulah sebabnya lebih cepat tangkap.

Guru pula tak sama, jadi skill tak sama. Bukan salah guru, ia adalah subjektif, tiada siapa salah, formula memang banyak, pilih lah yang selesa untuk anda. Kata orang, "kita buat dia".

Pemula, bergurulah... lebih baik belajar F2F, dari online, dah ada basic senang, sebab bila belajar online dari zero dia jadi tidak praktikal, guru dah explain tapi tak faham².. sebab tak nampak depan mata, cikgu tak tahu apa yang kamu tahu. Yang terang hati takpe, boleh teruskan. Saya cakap macam ni sebab ada orang bila tak faham terus give up nak belajar jahit. Rugi pulak rasanya. Lagi payah kalau kononnya faham rupanya tidak!. Kan dah jadi ajaran sesat. Xpasal² cikgu disalahkan.

Belajar jahit murah, siapa kata tak ada? Kerajaan ada kemas, ada giatmara yang elaun bulanannya 200, dan ada separuh masa juga sekarang ni, mulakan dari situ lepas jadi tukang jahit, tiada had umur.

Lepas tu berguru la pulak dengan cikgu otai dalam bidang jahitan, baru macam ni💪. Kos berguru makin tinggi nilainya untuk guru yang otai.

Menjahit adalah satu perniagaan, dari menjahit boleh buat baju, dari modal jahit mungkin boleh jual pakaian jenama sendiri? Xnak bukak butik?Who knows... 

Wallahu'alam

In shaa Allah anda berjaya.

Assalamu'alaikum

Comments

  1. jual dan sewa partisi R8

    https://www.facebook.com/bsmproperty.tangerangdewi/
    https://twitter.com/BsmDewi
    https://www.instagram.com/dewi.bsmproperty/
    https://seller.tokopedia.com/manage-product
    https://www.jualo.com/profile/iklan
    https://www.olx.co.id/myads
    https://id.pinterest.com/partisir8dewi/_saved/
    https://sewapartisir8jabodetabek.blogspot.com/
    https://bsmpropertyjakarta.wordpress.com/2021/05/19/jual-partisi-r8-untuk-di-jadiakan-panel-photo-surabaya-081977000899-dewi/
    https://sites.google.com/view/partisi-r8-untuk-panel-photo/halaman-muka?authuser=2

    ReplyDelete

Post a Comment

Nak baca lagi?